Monday, January 2, 2012

Bagaimana aku habiskan sisa sisa 2011

Wah lamanya sudah tidak dijenguk blog ni. Tapi aku tau tak ada yang peduli. Tak mengapa. Aku masih peduli, walau sedikit. Banyak yang berlaku sejak aku abandon blog ni buat seketika. Maka eloklah kiranya aku update sedikit sebanyak yang mampu, incase ada peminat rahsia yang sedang gila meroyan nak tahu perkembangan aku. Ha ha. Annoyingnya saya.

*****

1. BBQ



Satu BBQ telah kami adakan bersama teman teman rapat di rumah Damia. Sebenarnya BBQ yang dibuat itu tak ada tujuan yang spesifik pun. Cuma kami yang terasa terlebih rebel nak conquer rumah Damia memandangkan ibu bapanya telah berangkat ke Australia selama sebulan. Wah punyalah rebel kami ni, sampai kereta pun kami angkut sampai ke Shah Alam. Tak salah berlagak sekejap, tak naik bas pergi ke kelas pun dah rasa hebat. Hekhek.

Oh berbalik kepada cerita BBQ tadi. Semuanya kami buat sendiri. Yang lelaki, si Zuley dan Alief pagi pagi lagi dah ke pasar bersama maam besar Damia. Aku dengan Adilin masih sedap beradu haha namun sebelum kau nak suarakan ketidakpuashatian, setelah mereka balik dari pasar aku tolong mereka potong basuh apa semua okay. Menjelang malam, makanan pun dah sedia untuk diBBQ. Namun sebelum itu kami pick up dulu Syahira, Ainaa, Asma dan AG untuk memeriahkan lagi majlis. Sepatutnya si Syamim pun turut serta namun ada halangan. Tak mengapalah. BBQ malam itu tetap hebat. Aku siap naik atas penyapu dan berangan jadi Harry Potter. Ah yang itu tak payah hurai banyak lah hehe.

2. Rock The World 2011



Tiga tahun dulu mungkin aku akan excited gila dapat hadirkan diri ke Rock The World. Tapi itu aku yang dulu. Aku yang sekarang dah tak layan muzik indie sangat. Sebab dah tak berapa nak indie. Dulu mungkin aku rasa cool gila mosh mosh di kalangan manusia manusia yang ketiaknya berpeluh. Tapi tidak sekarang. Aku geli.

Tapi aku hadirkan juga diri ke Rock The World 2011. Sebab member punya pasal. Aku ikut saja kehendak si Zuley yang bajet rockers. Maka pergilah kami ke event tu, ada 4 orang - aku, Zuley, Damia, Alief - dengan aku yang hati separuh rela (hehe sorry). Sepatutnya si Syamim pun ikut sekali tapi biasalah mamat tu ada saja halangannya dekat Penang. Aku pergi sana, aku blur tak tau nak buat apa. Aku tengok budak budak sekolah yang mosh tak sedar diri dekat tengah padang, lalu aku teringat diri aku sendiri beberapa tahun yang lalu. Shit. Gila spoilt aku yang dulu. Nasib baik sekarang dah ada common sense, aku tengok dan enjoy muzik dari jauh saja. Apa apa pun, performance hari itu agak ok. Aku enjoy dengan Monoloque, Pesawat, dan beberapa band yang aku tak kenal. Tapi Bittersweet, memang awesome as always.

3. Sambutan konon surprise birthday aku



Aku tulis "konon", sebab surprise tak berapa nak menjadi. Haha. Tapi aku terharu dengan percubaan mereka untuk sorokkan dari aku. Walaupun sebenarnya dah nampak kegelabahan masing masing, aku diamkan saja. Pada mulanya memang aku tak tahu apa apa, tapi ada lah seorang ni baik punya pergi baca text orang lain, lepastu dikantoikan ke aku. Damn spoiler. Hari itu mereka beriya iya ajak aku karaoke. Bila aku tolak, aku dimarah. Aku pun setuju. Masa tu aku tak tahu lagi. Bila harinya tiba, satu satu masalah datang. Tempat karaoke tak ada lah, kereta tak ada lah, practice tarian habis lambat lah. Macam macam. Dan pada waktu itu sudah terserlah kegelabahan masing masing. Sumpah aku geli hati haha. Tapi aku kesiankan mereka sebenarnya.

Last last sambutan birthday aku dibuat di Redbox Sunway Pyramid. Mahal nak mampus, tapi aku layankan aja. It's the thought that counts kan. Aku tunggu tunggu ja bila nak keluar kek ni (hehe) dan tiba tiba muncullah si Syamim membawa kek rainbow, dan yang paling anehnya dia sedang memakai baju Batman aku (kurang ajar ni haha). Yang ini memang satu surprise buat aku, sebab aku tak tahu yang mamat tu ada di KL. Ok lah. Kita bagi credit sikit pada team ni sebab atleast ada satu surprise yang menjadi. Haha. Malam itu kami karaoke puas puas, dan kemudian disambung dengan sesi perang bermain laser tag. Yang paling kelakarnya kami berenam terpaksa berhimpit di belakang kereta Myvi Aiemaan macam sardin. Kek rainbow aku pulak - yang datangnya jauh dari Penang, dan rupanya cute nak mati - macam princess sebab dapat duduk dengan selesa di dalam kereta atas pangkuan awek Aiemaan.

Terima kasih team - Damia, Zuley, Syamim, Alief - sebab berusaha sedaya upaya nak menjayakan surprise tu. Aku terharu lah, serious. Nampak sangat korang sayang aku kan hewhew. Aku sayang gila kek aku. Comel dan sedap. Walaupun ada orang tu hilangkan birthday present aku, namun dapat dimaafkan sebab telah diganti oleh seutas necklace dan cincin yang cantik. Hehe. Terima kasih. Rasa nak peluk korang sampai lemas.

4. Christmas



Baru baru ini keluarga aku ada buat sambutan Christmas. Siapa siapa yang kenal aku memang sudah maklum dengan latar belakang aku yang datang dari keluarga yang berbagai agama dan bangsa. Senang kata, mak aku dulu muallaf. Ya aku tahu sebagai seorang Muslim menyambut Christmas itu salah. Tapi sebagai salah seorang ahli keluarga, adalah sopan jika aku turut hadirkan diri. Mungkin bukan meraikan, cuma join gitu gitu saja.

Tapi kalau family aku party, kami memang party baik punya. Family aku ni memang ada penyakit suka karaoke. Jadi kalau ada majlis macam ni memang kami karaoke 24jam. Aku kena gelak tahun ni sebab aku pilih lagu Percayalah dari Siti Nurhaliza untuk dinyanyikan di hadapan orang ramai. Sebab selama ni aku pilih lagu English, tup tup tahun ini aku pilih lagu Siti. Kan dah kurang macho di situ (Aku rasa ni semua pengaruh sesi karaoke bersama geng geng di Shah Alam). Tapi tak kisah lah. Hasilnya, aku dapat RM100 sebab nyanyi. Family kau ada macam tu? Hehe. Lepastu kami main macam macam game. Siapa menang game pun dapat duit.

Christmas tahun ni istimewa sedikit, sebab ada tetamu dari KL datang. Cousin aku, Abg Luqman datang bersama tunangnya untuk dikenalkan kepada seisi keluarga. Abg Luq ni cool je cerita love story dia dekat kami semua. Comel gila ok dorang. Aku jealous sikit.

5. Trip to Sabah bersama cousins



Sehari selepas Christmas, kalau orang lain dekat luar negara ada Boxing Day, aku dan cousins bergerak ke Sabah untuk bercuti. Yeah i know, tak fancy mana pun cuti dekat Sabah tu. Sabah je kot, sebelah je. Tapi kami had fun. Tak pernah kot bercuti dengan cousins only. Yang join trip tu semuanya berumur dari lingkungan 26 - 15 tahun. No adults means more partying!

(But then, malam Christmas uncle aku decide untuk join jugak. Drastically. Malam itu juga dia beli flight ticket. Esoknya dia kata, benda ni dia buat smabil tak sedar sebab mabuk banyak minum beer. Haha alahai.)

Mula mula kami ke Karambunai. Tagline resort dekat sana is "Some say it's heaven". Well heaven it is! Tempatnya cantik MasyaAllah. Kami duduk dekat villa tiga bilik, berhadapan terus dengan pantai. Boleh imagine kan view kami macam mana? Villa tu sendiri tak payah cakap la. Sangat cantik, kami siap ada pool sendiri. Satu pool dalam dan dua pool kecil yang cetek. Lepas tu kami berpindah ke Likas Square, iaitu sejenis condominium hotel. Kami juga ada menjejakkan kaki ke Pulau Manukan dan Pulau Mamutik untuk snorkeling dan sunbathing. Di sana, hari itu dalam sejarah, aku telah memakai contact lens bua pertama kalinya. Hewhew. Lame bukan.

All in all, Sabah was okay. Kami banyak pusing KK shopping. Sambil shopping kami perhatikan Sabahans. Aku rasa aku kurang gemar dengan hospitality mereka. Especially di Karambunai. Oh well. Yang pasti, cousins lelaki aku semua dah jatuh hati dengan awek Sabah sebab setiap malam aku perlu join perbincangan mereka tentang tahap ke-hot-an awek awek Sabah. Jejaka jejaka gantang Sabah, mana kamu menyorok??

*****

Rasanya sampai di situ sajalah cerita aku kali ini. Ini semua cerita penting, cerita yang aku nak ingat sampai bila bila. Cerita cerita sampingan tu tak payah cerita lah. Sekarang dah pun masuk tahun baru. Mari kita buat cerita baru!

Kalau dah masuk tahun baru mesti ada orang buat entri cliche kan. Di mana dia akan recap semua benda yang berlaku pada tahun sebelumnya, dan kemudian membuat azam baru untuk tahun yang mendatang. Agak agak aku perlu ke buat entri cliche macam tu?

Hmm. We'll see. Kita jumpa lagi! Harap harap soon!

2 comments:

zuley said...

1-tolong basuh dan melantak memey la.bhaha.helo aku harry potter ok not u.
2-terasa diri dsebut kat entri ni.bhaha.tengok bju dah tau aku rocker,yeyeh.
3-kat sini pun tersedak jap masa baca.bhaha.
4,5-no comment

Heynutter said...

hmm i mentioned your name a lot, i sould get paid