Friday, March 25, 2011

I'm leaving on a jet plane

Aku akan berangkat esok pagi untuk meneruskan hidup. Walau hati kata tak mahu, otak kata perlu. Lagipun sampai bila aku nak duduk di rumah, lagak seperti budak tak punya masa hadapan.

Dua minggu sudah di rumah, aku harap bila aku kembali nanti semuanya berubah. Dan please, berubah kepada yang lebih baik. Tak tahan dah woi nak handle the drama. Banyak lagi aku perlu fikir, studies apa semua.

So after this, tiada lagi makanan percuma. Mungkin aku perlu makan nasi kicap dgn telur sahaja nanti, poket haus punya pasal. Tiada lagi bibik yang sentiasa membantu. Basuh baju, buat katil apa semua perlu sendiri. Tiada lagi sesi melayari internet sehingga lewat malam. Kemungkinan besar aku akan go back to the old habit of sleeping late sebab last minute study for tomorrow's exam. Tiada lagi entertainment, tiada lagi freedom. Tiada lagi life.

No wonder aku tak sabar nak tinggalkan rumah. Tolonglah tampar diri kau sendiri kalau kau tak faham ini sarcasm.

But hey look on the brightside. Nanti aku jumpa balik kawan kawan. Late night movies, lepak mapley, chillin out. Aku boleh buat semua tu nanti. But kawan kawan, macam aku kata tadi, tolong lah jangan create drama lagi. Aku penat. Mungkin aku juga salah satu penyumbang kepada drama, maka aku pun akan berusaha tak nak macam macam lagi dah. Tak tipu aku kata, memang aku penat. Mentally and physically. Kau orang ingat aku tak care, padahal otak aku serabut macam calculus fikir tentang semua benda. Biarlah korang tak sayang aku, yang penting aku sayang korang. It's what we do that matters, right?

Anggaplah nak masuk new semester ni macam Raya. Forgive and start all over. Kalau nak duit raya sekali lebih sangat tu. Buleh dok?

Sebenarnya saya sangat takut nak balik sana. Sana banyak monsters. Agak agak saya kuat ke?

Wednesday, March 23, 2011

The shielding effect

You know what, aku paling tak suka bila tak dapat tidur when i intend to. Saat bila kau dah tutup lampu dan berselimut sambil memeluk bantal busuk. Kau fikir kau akan tidur. Tapi end up kau masih terbaring di situ, berfikir. Dan berfikir.

Aktiviti berfikir itu yang aku kurang gemar. Mungkin bagi seseorang yang hidupnya sedang bahagia, dia akan memikirkan tentang masa hadapannya yang terang atau accomplishmentnya yang bertaraf superhero. Dia akan tersenyum sambil berfikir, kerana dia tahu hari esok adalah hari yang lebih baik.

Mungkin bagi seseorang yang sedang bercinta, dia akan memikirkan tentang kata-kata manis yang pasangannya ucapkan sebelum tidur, atau mengimbau kembali lagak lagak comel yang mereka telah lakukan bersama. Dia akan tersenyum sambil berfikir, kerana dia tahu hari esok masih ada seseorang yang akan sentiasa bersamanya.

Tapi bagi aku. Aku akan memikirkan tentang di mana silapnya dalam hidup aku. What did i ever do to deserve this kind of shit from all of the people around me? Aku akan terbaring sambil memandang siling, mengira bintang bintang glow in the darks, while thinking about regrets. About what ifs and oh wells.

Lama lama boleh jadi sedih, kau tahu. Sebab tu aku tak suka.

Kawan kawan aku kata aku nampak bahagia. Namun kadang kadang orang yang paling bahagia itulah yang paling kecewa. Kita ni kan semua aktor dalam kehidupan, bertaraf Oscars lagi tu. Bahagia memang bahagia, but at the end of the day, everything would just all crumble down.

Macam malam semalam.

Monday, March 21, 2011

Karakter kiri kanan kita #2

Berhati-hati lah dengan apa yang ditulis di dalam blog. Aku pernah kena, believe me, i know.

Karakter kali ini aku mahu tulis tentang kawan. Sedih bukan kalau kita dapat tahu kawan kita itu sebenarnya musuh dalam selimut. The moments you spent together, the jokes you shared. It was all a lie. Lagi sedih bila kita dapat tahu kawan kita cakap this and that tentang kita dalam blog. Hello awak, this is the blogging world. Tak kan nak expect benda tu remain a secret, since kau dah huhahuha kan di dalam Facebook. Or maybe you do want me to read it?

Boleh pergi mati kalau kau kata it's not about me. Dah terang lagi bersuluh, tak payah lah nak cover with plastic bags or whatsoever. This is the thing about human that i don't understand. Suka sangat dengan hipokrasi. Tak suka, tapi di depan kata suka. Lepas tu di belakang kau kutuk habis-habisan, sengaja pulak suruh orang baca. Buat apa susah susah. Just face the target and spill. Muntahkan kebencian kau, it's better that way.

Mengamalkan hipokrasi doesnt make you an angel you know. Kau nampak baik di depan, kau fikir orang puja? Sedangkan kau sama busuk dengan orang orang yang kau gelar busuk. Hati hati, mungkin pada satu tahap nanti, kau lebih busuk.

Aku tulis ni semua untuk peringatan sendiri jugak. So dont go all "Elehh lu fikir lu bagus sangat la tulis macam ni?"

Truth is, i am hurt. Orang yang selama ni aku anggap kawan, cucuk belakang. Of course, ada sesetengah benda tentang aku yang kau tak suka. Ada jugak sesetengah benda tentang kau yang aku tak suka. But i'm bearing with it. Kawan punya pasal. Tapi mungkin dari awal kau tak pernah anggap aku kawan. Fuh this post is getting a lil bit personal.

Merujuk kepada ayat aku yang pertama, hati-hati lah. Or you'll end up being someone's EX-FRIEND.

Tahniah, kau berjaya buat aku menangis dalam hati.

Sunday, March 20, 2011

While it lasts

Bila tengah cuti panjang (cuma 2 minggu sebenarnya) macam ni, terasa macam lifeless pun ada. Mana taknya, hidup yang selama ni sentiasa busy and on the go tibatiba jadi still. Nothing to look forward to on the next day, nothing to look back for the day. You know, macam patung. Still.

And i'm loving it.

Sekarang rata rata semua universiti sedang bercuti. Yang Asasi dah menganggur selama 6 bulan, entah apa mereka nak buat nanti pun aku tak tahu. Jangan tibatiba nak bina famili out of boredome sudah. Yang nak audition untuk Akademi Fantasia atau Imam Muda, silakan. Aku akan sentiasa menyokong. Bila dah cuti, mula lah timeline dan news feed aku dipenuhi dengan rants seperti "Aku bosan oh tolong bunuh aku" atau "Hambarnya hidup". Dan setiap kali aku baca aku tergelak kecil di dalam hati.

Apa kena dengan manusia? Bila cuti tak mahu cuti, bila tak ada cuti menyumpah seranah. Aku for the time being sangat bahagia. Agak agak tengah hari macam tu aku bangun, aku buka tv, tak ada yang best, aku buka laptop. Aku online Facebook, Twitter, Youtube, Tumblr sampai lebam. Lepas tu aku sambung dengan movie marathon dan series marathon yang aku dah download. Petang sikit aku pergi pakai kostum superhero dan berjuang selamatkan dunia. Balik rumah, bagi makan anak husband apa semua. Dalam pukul 3 4 pagi aku tidur. Amacam, produktif kan cuti aku? Heh.

Okay walaupun nada perenggan di atas macam ada sedikit unsur sarcasm, aku sebenarnya memang sedang menghargai cuti aku kali ini. Who the hell said college life would be a breeze? Kids, if your parents tell you this, just like what mine did:

"Nanti dekat college tak tension. Kelas pun start lambat. Tak perlu bangun awal macam nak pergi sekolah."

"Kalau ponteng kelas pun tak ada orang nak peduli. Buat lah apa pun. So you should behave yourself sebab nanti tak ada orang nak tegur."

"Nanti dekat college happy happy je. Baju pun boleh pakai suka hati."

"Dekat college mana ada homework banyak banyak macam ni. Assignments satu dua je."

Well they were all lies. College life is not easy, tak langsung. Look at my life for example. Aku ada kelas dari 8 pagi sampai 6 petang setiap hari. And sometimes even on the weekends. I have quizzes and assignments all the time. High school pun tak brutal macam ni tahu.

So when i am finally rewarded with holidays, i'd better savour it. Tak buat apa apa, bermalasan macam orang tak ada life. Bliss. Siapa kata bosan, tak langsung.

Sebenarnya masa cuti ni aku nak sambung driving lessons yang dah tertangguh for about a year, but terlupa nak reschedule dengan instructor. Ugh kan sekarang dah tak ada kerja sampai boleh blogging sebab bosan sangat.

Ooops.

Saturday, March 19, 2011

Kadang kadang, some secrets are better left as secrets

Kerjaya stalking rasanya sudah menjadi profesion semua orang. Sejak wujudnya laman laman sosial, stalking menjadi semakin mudah. Tidak perlu kau upah Sherlock Holmes, cuma add target kau sebagai friend and there you go. Stalk all you want.

Ada beribu situasi yang mendorong seseorang itu menjadi stalker. Misalnya, Bedah meminati Hassan dan mahu kenal Hassan lebih. Tapi Bedah malu. Maka Bedah stalk profile Facebook Hassan dan catat benda benda yang dia suka di dalam buku nota kecil untuk rujukan masa hadapan. Dari situ Bedah jumpa modal untuk memulakan konversasi.

Contoh lain. Murni dan Abu merupakan pasangan kekasih, namun lately Murni merasakan bahawa Abu berlaku curang. Maka Murni pun mula membaca text messages Abu, pay attention kepada semua tweets Abu dan of course, membaca semua wall posts Abu. Dari situ Murni dapat tahu sama ada Abu patut dibuang daripada hidupnya atau tidak.

Bagi aku, aku sendiri tak tahu sama ada stalking itu salah atau tidak. Sometimes you just have to do it you know. Sebab kalau tak, it's like you're living under a shell. Sampai bila pun kita tak tahu what's happening, whether kita ditipu atau dimainkan. Kadang kadang stalking juga leads to jealousy yang tak berasas. Hanya kerana kau nampak berderet wall posts perempuan lain di page kekasih kau, tak semestinya perempuan tu bakal menggantikan tempat kau. Just because her status relationship reads "Married", doesnt mean she's actually married. Hanya kerana dia tulis "I'm over the moon" it doesnt mean that he is literally over the moon.

Nampak sudah kan how stalking is very dangerous? Kita sometimes akan end up knowing something that we really shouldnt or really dont wanna know. Seperti Bedah tadi. Setelah 5 bulan stalk Hassan, akhirnya dia tahu bahawa Hassan merupakan seorang gay. Kesian Bedah. Bagi Murni pula, dia akhirnya sedar bahawa Abu mempunyai hubungan 18sx dengan adik Murni sendiri. Kesian Murni.

See? Selain knowing the truth, stalking had done them nothing but giving them heartbreaks.

Just like how my heart broke when i stalked that someone.

Haha okay jangan layan perasaan emo aku haha i am not upset pun haha tak langsung.

Wednesday, March 16, 2011

Review #1

Kepada mereka yang kenal betul siapa aku, mereka akan kata aku gila movie. Good movies makes me happy. And that is why aku rasa macam nak tulis tentang movies that i watched from time to time.

Minggu lepas aku dan a bunch of friends tonton I am Number 4 dan Unknown.


Untuk I Am Number 4, i only have two words. Alex Pettyfer. Ya Alex Pettyfer merupakan celebrity crush aku sejak dulu lagi, since dia berlakon dalam Stormbreaker as Alex Rider. Back then, dia cuma lah pelakon biasa yang tidak dikenali. Kalau aku tanya "Kau pernah tengok Stormbreaker?" pun pasti aku dapat jawapan yang menghampakan. But i have loved him ever since. (Gedik, i know, slap me now)

Enough with Alex, cerita ni mengisahkan tentang 9 aliens yang dicampak ke Bumi dan sedang diburu oleh another group of aliens. Mereka dibunuh mengikut urutan, dan memandangkan No.1, No.2 dan No.3 telah dibunuh, No.4 iaitu John (Alex Pettyfer) is next. Thus, the title I Am Number 4. Maka bermulalah cerita tentang aktiviti pelarian No.4 yang kadang kadang di interframe oleh gadis manis Sarah dan kemunculan si seksi No.6.

To rate this movie, i'd give 4/5 stars. CGI cukup power, fighting scenes boleh tahan. But maybe i'm a little bit biased sebab i'm in love with Alex Pettyfer.

Moving on.


Ikutkan hati aku tak teringin pun nak tengok, tapi atas masalah masalah yang tidak dapat diselesaikan, we ended up watching it. Jalan cerita, macam Salt. A guy lupa ingatan, thought he was innocent, rupa rupanya assassin. Aku bet ramai dah tonton Salt, so need i say more? Lebih kurang aje ceritanya.

I'd give the movie 2.5/5 stars. Most probably because cerita nya tak ubah macam Salt. Terasa macam tengok movie dua kali. Dan the casts bagi movie ni sangatlah tidak memberansangkan.

Oh well, i've given my thoughts. Up to you to watch em or not.

Tuesday, March 15, 2011

It's not Friday, it's fried egg

Siapa tak kenal lagu Friday by Rebecca Black. Dalam Tumblr, Rebecca Black dan rakan berbaju pinknya merupakan salah satu topik terhangat untuk direblog. Dalam Twitter kau tak payah cakap, siap trending lagi.

Frankly speaking, aku tak faham apa tujuan lagu Friday tu dicipta. Teringin juga aku ketuk rumah Rebecca Black dan tanya "What the hell are you trying to say?" Mungkin ada jawapan munasabah. Sebab honestly, tidur malam aku tak lena selagi aku tak faham maksud sebenar lagu tu.

Kickin’ in the front seat
Sittin’ in the back seat
Gotta make my mind up
Which seat can I take?

Siapa tahu hanya dengan berbekalkan dilema untuk memilih kerusi yang sesuai, kita boleh buat lirik. Aku percaya ini bukan maksud sebenar. Hakikatnya, maksud lirik ni mesti lebih deep. Mesti.

Yesterday was Thursday, Thursday
Today i-is Friday, Friday (Partyin’)
We-we-we so excited
We so excited
We gonna have a ball today
Tomorrow is Saturday
And Sunday comes after...wards
I don’t want this weekend to end

Kenapalah lagu ni tak wujud masa aku masih guna pampers dulu dulu? Mungkin boleh menyenangkan proses mengahafal hari hari dalam seminggu.

What the hell happened to songs with deep lyrics? Biasanya kita suka suatu lagu tu sebab muziknya sedap dan kita boleh relate dengan lyrics. But with lyrics macam dalam Friday... hell aku rasa it's a shame to the music industry. I'm not a musician, no. I can't make my own songs jadi aku tak boleh nak cakap banyak. I try not to hate, but seriously this is a major dissapointment, right next to Taylor Swift. (Ignore the hating on Taylor Swift's part, that's just me)

Sebab tu aku rasa there's more to this song that we probably dont know. Aku harap as i am writing this, ada satu team rahsia kerajaan ala ala CIA sedang menyiasat fenomena lagu ni. Siapa tahu, setiap perkataan dalam lirik itu membawa maksud lain. Kot kot lah iluminati jugak macam Lady Gaga?

But oh well look on the brightside. We got to learn the days in a week effectively, decide which seat to choose and even got dance classes from Rebecca's friend in pink!

Rebecca Black - Friday

Monday, March 14, 2011

Karakter kiri kanan kita #1

I've decided that i want to write about people. Bukan specifically mengutuk, but i'd like to think of it as a... research? We as humans, kita ni pelik bukan. Kita semua di bawah satu label yang serupa iaitu manusia. Tapi hakikatnya kita langsung tidak serupa. Sebab itu aku rasa kita ni suatu spesis yang unik. Sekejap kita angelik sekejap kita setan. Fuh power gila kita.

For this first type of post, aku nak sentuh tentang manusia yang membenci for no reasons. Maksud aku, mereka yang jenis tak kenal pun siapa diri kau, tak pernah terkesan pun dengan segala perbuatan kau, senang cerita, tak ada watak pun dalam kisah hidup kau, but still hates you anyway. Just because.

Weird huh. Kadangkadang kita terfikir, apa salah kita. Kita sendiri pun tak pernah kenal dia, and the next thing you know you're on top of his/her hate list. Maybe somewhere between living our life and having fun, we made mistakes. Sure, semua orang pun macam itu. But that doesnt give you the rights to just hate somebody. Siapa kita nak judge kalau kita sendiri pun tak kenal orang tu? Setakat tahu nama dan jadi friends dalam Facebook, kau boleh blah kalau kau kata kau kenal.

Now dont act like you've never been this type of person. Pernah tak kau tengok classmate kau yang nampak gedik semacam and terus rasa menyampah? Padahal dia tak buat apa apa pun. Think back, kau rasa kau layak ke rasa macam tu. Do you really think that he/she deserves the hate? Kalau macamtu kau pun layak dibenci.

And pernah tak ada someone you knew in college made a mistake, terus kau membabi buta fikir dia lah yang paling setan. Walaupun kesilapan itu tak ada kaitan langsung dengan kau, dan kau cuma mendengar rumours. Kebencian kau tetap membuakbuak. Well that's just wrong. Try and get to know that person a little better. Maybe that person turns out to be innocent, atau there's a reason behind his/her action. Mana lah tahu kan. Sometimes the meanest person can be the swetest person. And it works the other way round too.

Aku bebel semua ni, aku pun macamni jugak at times. Hating for no reason. I felt bad. Kita ejek orang tu, kita kutuk dia, make fun of segala benda yang dia buat. At the end of the day, aku terfikir. "What did he/she ever do to me?"

Unless, orang tu memang buat tahi dengan kita. Well itu dah cerita lain.

Dan sekarang aku rasa it's time untuk kita berubah. Don't hate a person until they give you a reason to, okay?

Saturday, March 12, 2011

Separa gila

Dah lima jam aku terkandas di airport. Bosan, mengantuk, lapar. Tak sabar rasanya nak terbang dan lari dari sini. Dah lama sangat aku dahagakan cuti. Tapi aku yang tadinya excited nak balik sudah mula rasa fed up dengan segala benda sebab.... yelah. What do you expect? I've been here staying up all night. Naik mental kau tahu.

Orang kata kalau tak cukup tidur otak kita mula play mind tricks. Kita akan mula imagine perkaraperkara fantasi, tapi bagi kita ia realiti. Ini fakta.

No wonder tadi aku terbayang ada knight in shining armour datang naik Lambhorgini ajak aku pergi lepak mamak.

Aktivis jalanan

Aku on Twitter semua sibuk discuss tentang tsunami. Pray for Japan, pray for Japan. It's all i hear. Aku kesiankan mereka di sana, but there's not much i can do from here. Ini kerja Tuhan, siapa kita nak menghalang. Siapa kita nak mengamuk. Everything happens for a reason. Mungkin Tuhan kasi gegar sikit bumi Jepun sebab Tuhan ada agenda lain di sebalik itu.

Kita marah mother nature sebab PMS. Amboi, masa kau bukak aircond 24jam keluarkan CO2 tak pulak kau fikir yang mother nature pun sebenarnya pissed. The whole earth destruction thing, i honestly think it's our own fault. Jangan rasa dengan perbuatan kita seorang, tak efek dunia. Kita semua ada role kita sendiri. Tak semestinya kita kena selalu rasa yang kita ni pelakon pembantu. Cuba jadikan diri kita hero/heroin dalam cerita kita sendiri, then surely we can make a difference to the world.

Ataupun, sebenarnya kita dah banyak sangat dosa. Bila Tuhan dah buat macam ni, baru semua orang ingat nak berdoa, sembahyang. Betul tak?

Oops sori kau tercekik tulang ke. Heh.

Friday, March 11, 2011

Escape

Aku baru sahaja kembali daripada sesi melarikan diri. Biasanya in movies, orang yang bermasalah akan ke pantai. Sambil rambut ditiup angin sepoisepoi bahasa, kaki menguis-nguis pasir, si karakter akan duduk memandang laut sambil memikirkan tentang kisah hidupnya. Yeah, well the past week bagi aku ada lah sedikit macam in the movies.

Perasaan tenang di tepi pantai memang indah. Bila aku buat keputusan berjalan seorang diri di tepi pantai at night, semua make a fuss. Bahaya bahaya. Mungkin sebab aku perempuan. Tapi entah kenapa aku rasa macam.... seronok. When you're alone, you finally had the time to process all of what's happening around you. You finally had the time to actually think. Baru rasa macam kenal sikit diri ni siapa.

But menyanyi sambil main gitar with a bunch of friends di tepi pantai beats all that. Berseorangan memang best, but being lonely is never that good. Kita perlukan company. Tak payah gitar, baring tengok bintang pun cukup.
'
Tapi sayang Langkawi tak banyak bintang. Argh!

Monday, March 7, 2011

Ditembak hidup kembali

Wow, janggal.

5 months ago i was a blogger for three years. Something happened, and i had to stop even when i dont really want to. You know the feeling when you stop doing the thing you love, you'll feel so.... empty. Ah persetankan semua tu. Aku difitnah, aku dicaci, aku dinilai. I get it, bukan semua orang berfikiran sama seperti kita. Mungkin kita rasa betul, si dia rasa salah. Manusia, biasalah tu. Sentiasa rasa diri yang betul dan tuding jari pada cacat cela orang lain, sedangkan tahi di badan sendiri tak terlap. Masak dah.

Frankly speaking, zaman kegelapan itu adalah titik yang paling hitam dalam sejarah hidup aku. Aku terluka dan tak ada satu farmasi pun yang ada ubatnya. Bila aku ingin betulkan keadaan, tak ada sorang pun yang percaya dan actually listen suara aku. Aku tahu aku dibelot. Kepada merekamereka yang telah menyumbang kepada kesengsaraan aku, tahniah. You have gain yourself an A+ in Ruining People's Life 101.

Tapi di sini aku, ditembak hidup kembali. This time it may a little bit different, aku tak akan tulis lagi tentang college atau letak namanama watak dalam hidup aku yg merasa diri mereka tidak layak diingati.

Kalau macam tu semua orang suka kan? Glad i could help. *nada sinis*



Tibatiba rasa macam dalam suicide mission. Here we go again.