Monday, September 5, 2011

Lisa (bukan Lisa Surihani)

Ini kisah Lisa (bukan Lisa Surihani). Seperti yang diimpikan gadis gadis lain, cerita Lisa berakhir dengan happily ever after.

Okay. Mula.

Lisa, seorang gadis 17 tahun yang datang dari keluarga kaya raya. Sering diburu jejaka jejaka kerana hartanya, atau mungkin kerana mereka salah sangka Lisa adalah Lisa Surihani. Hidup Lisa dari luaran mungkin nampak bahagia, tapi hakikatnya, saat ini Lisa sedang meringkuk gaya posisi featus dalam kandungan ibu di atas katilnya. Tangan di kepala, menutup kedua telinga. Bising. Mama papanya bertekak di luar. Bising.

Lisa tutup mata, sorok muka dalam bantal.

*****

"Lisa kau sedih?"

"Tak Ash. Sebab itu aku menangis. Sebab aku tak sedih."

"Tipu."

"Memang."

*****

Lamunan Lisa terganggu dengan text message yang baru diterimanya. Nice. Text daripada Suri mengatakan Ali on the way ke rumah aku. Ali, seorang lelaki kacak berumur 17 tahun yang juga merupakan anak orang kaya kaya. Ali, boyfriend aku yang abusive.

Aku sentuh parut di pipiku (buatan Ali) dan pejam kembali mata.

*****

"Kau tengok atas tu. Bintang itu namanya Nashira."

"Kau memang tak peduli kan bila aku sedih."

"Nashira tu maksudnya the lucky one. Aku beri kau bintang tu, moga hidup kau dipenuhi dengan tuah."

"Masalahnya hidup aku dah fucked up gila. Kau untunglah Ash. Abah umi kau sayang kau. Mama papa aku cuma anggap aku satu kegagalan. Anak sial, mereka panggil aku."

"Sebab itu aku bagi kau bintang, Lisa. Aku nak kau sentiasa lucky in the future. Mama papa kau bodoh. Apa mereka cakap semua bodoh."

"Haha. Kau pun bodoh sama. Bagi aku bintang konon. What kind of bullshit is that?"

*****

Telefon Lisa berdering, mengacau lagi lamunan Lisa. Ahhh Suri lagi. Lisa tekan reject, seminit kemudian berdering lagi. Reject, berdering lagi.

"Kau nak apa ni Suri. I need to be alone."

"Lisa, kau kena lari. Ali mengamuk. Dia nak datang rumah kau. Dia.. dia ada pisau. Dia mengamuk kau bagitahu mak bapak dia pasal kerja setan dia jual dadah."

Crash! Bunyi pinggan pecah. Masih bising lagi di luar, belum ada perubahan. Rancak mama dan papa Lisa bergaduh malam ni. Lisa jadi takut mendengar kata kata Suri, jadi sedih mendengar pertelingkahan mama dan papanya. Lisa takut.

Lisa perlukan Ash.

Tapi mustahil, bukan? Kerana Ash, kawan baiknya sejak kecil, sudah meninggal enam bulan yang lepas.

*****

"Kalau aku ada masalah kan Lisa, aku selalu cerita dekat bintang aku. Tu, tu bintang aku. Namanya Solaris. Solaris ni bintang paling terang. Jadi lain kali kalau kau ada masalah, bila kau rasa macam shit is everywhere, kau cari bintang kau Nashira tu. Bintang will always be there for you. Bintang sentiasa terang, sentiasa ada. Kau cuma perlu dongak. Atau kalau kau nak, kau boleh cari bintang aku, Solaris. I dont mind sharing. Haha."

"Tapi masalah aku tak akan lari kan?"

"Mungkin tak. Tapi kau sendiri boleh lari seketika. Kau baring, macam ni."

Ash baring di atas jalan tar, dan ditariknya Lisa.

"Lepastu kau cari bintang kau. Bila jumpa, kau pejam mata. Kau akan rasa macam dekat syurga. Rasa tak?"

"Rasa."

*****

Sepantas kilat Lisa keluar dari biliknya. Dilihat tangan papanya berdarah, dan mama sedang menangis. Tapi dia tidak peduli, dia terus keluar. Di luar, Lisa nampak kereta Ali di hujung jalan, menuju ke rumahnya. Jelas kelihatan Ali kemarahan. Tapi Lisa tidak peduli. Lisa teruskan berlari, berkaki ayam.

Lisa lari jauh jauh. Jauh sampai kakinya lenguh. Jauh sampai dia rasa sunyi.

Kemudian Lisa baring. Baring di atas jalan tar. Lisa perlu cari Ash. Lisa mahu cari Solaris dan bukannya Nashira. Jumpa! Lisa tutup mata dan mengharapkan untuk lari ke syurga.

Tidak perasan pula Lisa ada lori muatan berat datang ke arahnya dengan kadar kelajuan yang agak sukar untuk brake di saat akhir. Lisa digilis, kepalanya di seberang jalan.






"Hey Lisa, Ash ni. Buka mata. You're in heaven now. You made it."

Told ya it's a happy ending.


No comments: