Friday, July 1, 2011

Melankolik, dan perlukan aiskrim

Lama rasanya sudah tidak menaip dalam Bahasa Melayu.

Kau percaya atau tidak dengan kata-kata orang kulit putih

People change

Sememangnya manusia pasti akan berubah pada satu titik masa. Cuma kita tak tahu bila. Mungkin esok, mungkin tahun depan, mungkin sehari selepas majlis perkahwinan kedua Mak Mah (yang mana aku pun tidak kenal siapa).

Baru beberapa minggu lepas, hari jadi kenalan aku. Setahun yang lalu, pada tarikh yang sama, aku ingat lagi dia bergurau konon mesra dengan aku. Katanya mahu hadiah, mahu ucapan. Dengan lagak konon mesra juga aku menjawab "Pergi mampus kau." Tapi waktu itu kami kawan. Ejekan gurauan itu normal.

Tapi, itu cerita tahun lepas.

Tahun ini masa hari jadinya aku langsung tak peduli. Dia juga tak peduli bila aku tak peduli. Tiada lagi demand untuk ucapan dan hadiah. Kami buat kerja masing masing, hidup masing masing.

Sebab kami bukan lagi kawan.

Nampak sudah kan betapa setahun membawa perbezaan yang sangat besar. Orang yang dulunya aku ingat kawan kini aku anggap orang biasa biasa saja. Orang yang ada atau tidak, langsung tidak memberi efek dalam hidup aku.

Dalam bulan yang sama ini juga, aku dapat tahu selama ini aku berkawan dengan pelakon. Pelakon famous atau tidak, itu aku tidak pasti. Tapi Ya Allah, skill memang handal. Tersangatlah handal sampai aku juga boleh tertipu.

Pelakon pelakon ini, depan nampak malaikat, tapi belakang macam. Erm, aku tak mahu tulis. Kau bayangkan makhluk pink hidung penyek.

Pelakon pelakon ini sangat baik. Sering memberi kata kata nasihat, kata kata penenang, kata kata supportive. Kami bergelak tawa sama sama. Have fun sama sama. Memang kamceng gila sampai orang luar dari lingkaran kami tengok pun boleh menyampah.

But of course, itu cuma lakonan. Pelakon handalan kan.

Rupa rupanya di belakang aku mereka mengata. Mengutuk. Mencaci. Menghina. Mereka kata itu ini tentang aku, pada masa yang sama berkawan dengan aku. Tak perlu ceritalah apa mereka cakap pasal aku. Sebab nanti kau gelakkan mereka. Kalau alasan mereka sekukuh konkrit, aku boleh terima. Tapi ni... Ah senang kata kalau kau tahu mesti kau gelak.

Bila aku dapat tahu semua ni, aku mula percaya satu perkara. Manusia memang tak boleh dipercayai. Betapa baik pun kau anggap seseorang itu, dia pasti akan lukakan kau in some way. Pandang orang sekeliling kau. Sahabat, keluarga, kekasih, saudara, jiran sebelah, penjaga kedai runcit depan rumah.

100% kau percaya mereka tak akan buat tahi dengan kau? Bullshit.

Lumrah manusia, mesti sentiasa tak puas hati, sentiasa dengki. Macam masa kita kecik kecik dulu. Kita sayang adik kita, tapi bila mak bagi dia aiskrim dan kita sendiri tak dapat, mesti kita rasa sakit hati kan? Maka secara instant kita bayangkan visual adik kita digilis tren KTM (yang by the way, lembab macam haram) dalam kepala. Semua hasil rasa dengki dan ditambah dengan sedikit bisikan syaitan.

Kita manusia sentiasa buat silap. Fine aku keji. Tapi jangan ingat kau pun tak sama keji. Kita semua keji dalam cara kita sendiri. Jadi apa salahnya kita tegur sesama sendiri, luahkan apa yang tidak puas hati. Masalah tak akan selesai dengan mengata di belakang. Yang keji masih keji. Malah markah keji kau bertambah, sebab, menurut uztazah aku masa darjah 6 dulu, mengumpat itu dosanya besar. Oh aku tak kata aku tak pernah mengumpat. Bak kata aku tadi, kita semua manusia yang melakukan kesilapan.

Kau tegur aku, aku tegur kau. Kita berubah untuk kebaikan. Dan kita kawan. Buat apa pura pura. Kalau tak suka, baik tinggalkan aku terus awal awal.

Oh lupa, kau kan nak test skil berlakon. Patutlah.

Tak mahu aku sakit macam ni lagi. Aku rasa aku perlu ambil kelas lakonan. Tidak, bukan untuk aku jadi pelakon. Malas juga aku nak gentar kan Lisa Surihani, biar dia je yang menang, aku tarik diri. Tapi aku mahu belajar cara cara seorang pelakon.

Supaya lain kali, aku boleh kenalpasti pelakon pelakon yang datang dalam hidup aku. Supaya lain kali, aku boleh buang mereka awal awal. Supaya lain kali, aku tak sakit lagi.

Buat pelakon pelakon yang sudah pernah muncul dalam hidup aku, tahniah aku ucapkan. Kau semua memang hebat. Kau buat aku percaya kau semua akan ada di situ sentiasa menyokong aku. Ada untuk aku. Tapi rupa rupanya. Ya memang betul kau semua sentiasa ada untuk aku. Tapi untuk membabikan aku.

Tahniah.

-----

Masa aku ber-emo emo-an tentang hal ini, ramai yang datang tenangkan aku. Secara live mahupun secara virtual. Terima kasih buat yang jauh tapi masih ingatkan aku, yang dekat dan sentiasa di sisi aku, yang susah payah telefon kemudian tidak dilayan, yang buang kredit text aku, yang bosan melihat air mata aku, yang tweet aku kata kata semangat, yang susah payah buat lawak bagi aku tergelak.

Terima kasih sangat, tapi belum selamat rasanya untuk aku katakan yang aku percaya kau semua.

Aku perlu masa, kot.

Aku cuma harap, Ya Tuhan, kau semua bukan pelakon.


"The worst feeling in the world is to know you were used and lied to by someone you trusted."

2 comments:

Anonymous said...

first time ak rasa entry ko emo doh. ahaha.. ak pn tgh emo

Heynutter said...

sepp sikit