Bila tengah cuti panjang (cuma 2 minggu sebenarnya) macam ni, terasa macam lifeless pun ada. Mana taknya, hidup yang selama ni sentiasa busy and on the go tibatiba jadi still. Nothing to look forward to on the next day, nothing to look back for the day. You know, macam patung. Still.
And i'm loving it.
Sekarang rata rata semua universiti sedang bercuti. Yang Asasi dah menganggur selama 6 bulan, entah apa mereka nak buat nanti pun aku tak tahu. Jangan tibatiba nak bina famili out of boredome sudah. Yang nak audition untuk Akademi Fantasia atau Imam Muda, silakan. Aku akan sentiasa menyokong. Bila dah cuti, mula lah timeline dan news feed aku dipenuhi dengan rants seperti "Aku bosan oh tolong bunuh aku" atau "Hambarnya hidup". Dan setiap kali aku baca aku tergelak kecil di dalam hati.
Apa kena dengan manusia? Bila cuti tak mahu cuti, bila tak ada cuti menyumpah seranah. Aku for the time being sangat bahagia. Agak agak tengah hari macam tu aku bangun, aku buka tv, tak ada yang best, aku buka laptop. Aku online Facebook, Twitter, Youtube, Tumblr sampai lebam. Lepas tu aku sambung dengan movie marathon dan series marathon yang aku dah download. Petang sikit aku pergi pakai kostum superhero dan berjuang selamatkan dunia. Balik rumah, bagi makan anak husband apa semua. Dalam pukul 3 4 pagi aku tidur. Amacam, produktif kan cuti aku? Heh.
Okay walaupun nada perenggan di atas macam ada sedikit unsur sarcasm, aku sebenarnya memang sedang menghargai cuti aku kali ini. Who the hell said college life would be a breeze? Kids, if your parents tell you this, just like what mine did:
"Nanti dekat college tak tension. Kelas pun start lambat. Tak perlu bangun awal macam nak pergi sekolah."
"Kalau ponteng kelas pun tak ada orang nak peduli. Buat lah apa pun. So you should behave yourself sebab nanti tak ada orang nak tegur."
"Nanti dekat college happy happy je. Baju pun boleh pakai suka hati."
"Dekat college mana ada homework banyak banyak macam ni. Assignments satu dua je."
Well they were all lies. College life is not easy, tak langsung. Look at my life for example. Aku ada kelas dari 8 pagi sampai 6 petang setiap hari. And sometimes even on the weekends. I have quizzes and assignments all the time. High school pun tak brutal macam ni tahu.
So when i am finally rewarded with holidays, i'd better savour it. Tak buat apa apa, bermalasan macam orang tak ada life. Bliss. Siapa kata bosan, tak langsung.
Sebenarnya masa cuti ni aku nak sambung driving lessons yang dah tertangguh for about a year, but terlupa nak reschedule dengan instructor. Ugh kan sekarang dah tak ada kerja sampai boleh blogging sebab bosan sangat.
Ooops.
3 comments:
pergi bwk keretalah makcik :P
lupa nak atur kelas apa semua. too late now :(
college life mmg~~
bluweh~
ak dh gle skang ni..
penat weyh~~~~
Post a Comment