Saturday, March 19, 2011

Kadang kadang, some secrets are better left as secrets

Kerjaya stalking rasanya sudah menjadi profesion semua orang. Sejak wujudnya laman laman sosial, stalking menjadi semakin mudah. Tidak perlu kau upah Sherlock Holmes, cuma add target kau sebagai friend and there you go. Stalk all you want.

Ada beribu situasi yang mendorong seseorang itu menjadi stalker. Misalnya, Bedah meminati Hassan dan mahu kenal Hassan lebih. Tapi Bedah malu. Maka Bedah stalk profile Facebook Hassan dan catat benda benda yang dia suka di dalam buku nota kecil untuk rujukan masa hadapan. Dari situ Bedah jumpa modal untuk memulakan konversasi.

Contoh lain. Murni dan Abu merupakan pasangan kekasih, namun lately Murni merasakan bahawa Abu berlaku curang. Maka Murni pun mula membaca text messages Abu, pay attention kepada semua tweets Abu dan of course, membaca semua wall posts Abu. Dari situ Murni dapat tahu sama ada Abu patut dibuang daripada hidupnya atau tidak.

Bagi aku, aku sendiri tak tahu sama ada stalking itu salah atau tidak. Sometimes you just have to do it you know. Sebab kalau tak, it's like you're living under a shell. Sampai bila pun kita tak tahu what's happening, whether kita ditipu atau dimainkan. Kadang kadang stalking juga leads to jealousy yang tak berasas. Hanya kerana kau nampak berderet wall posts perempuan lain di page kekasih kau, tak semestinya perempuan tu bakal menggantikan tempat kau. Just because her status relationship reads "Married", doesnt mean she's actually married. Hanya kerana dia tulis "I'm over the moon" it doesnt mean that he is literally over the moon.

Nampak sudah kan how stalking is very dangerous? Kita sometimes akan end up knowing something that we really shouldnt or really dont wanna know. Seperti Bedah tadi. Setelah 5 bulan stalk Hassan, akhirnya dia tahu bahawa Hassan merupakan seorang gay. Kesian Bedah. Bagi Murni pula, dia akhirnya sedar bahawa Abu mempunyai hubungan 18sx dengan adik Murni sendiri. Kesian Murni.

See? Selain knowing the truth, stalking had done them nothing but giving them heartbreaks.

Just like how my heart broke when i stalked that someone.

Haha okay jangan layan perasaan emo aku haha i am not upset pun haha tak langsung.

No comments: