Thursday, August 11, 2011

Sara (bukan nama sebenar)

Manusia semua punya pilihan. Macam Sara (bukan nama sebenar).

Kini Sara berdiri di hujung persimpangan jalan, yang cabangnya ada dua. Sara buntu harus ke mana. Dia khuatir dia salah pilih, kerana saat dia melangkah ke jalan yang dipilih, hidupnya mungkin berubah. Paling kurang pun 70%.

Dia toleh kiri. Jalan kiri menjanjikan keselamatan. Tapi itu cuma di fikiran Sara. Sara fikir jalan itu selamat kerana Sara nampak keadaan jalan itu sama dengan keadaan jalan yang telah dia lalui selama 19 tahun hidup di muka Bumi. Sara yakin tidak ada monster bahaya yang menanti di sepanjang jalan kiri. Mungkin elok jika Sara pilih jalan ini, namun selamat tidak bererti bahagia. Selamat di jalan kiri membawa maksud kekosongan dan kebiasaan. Tidak ada yang luar daripada normal. Ah, bosan bukan.

Sara toleh pula pada jalan kanan. Untuk melalui jalan kanan, Sara perlu lakukan sedikit pendakian. Sara dapat lihat dari tempat dia berdiri sekarang, di hujung jalan kanan ada kebahagiaan. Di sana cahayanya terang, dan muzik indah sentiasa bermain. Dia pasti sekiranya dia ke sana, dia akan menari berkaki ayam tanda kegembiraan.

Jikalau diberi pilihan ini kepada orang lain, sudah tentu dengan pantas jalan kanan akan dipilih. Kerana jalan kanan terang terangan menjanjikan kebahagiaan. Tetapi tidak bagi Sara. Berdasarkan pengalaman Sara selama ini, janji itu semua bullshit. Janji, merupakan satu perkataan yang tidak boleh dipakai.

Dan aku bagitahu kau lagi satu rahsia. Rahsia terbesar kenapa Sara begitu susah untuk memilih jalan kanan.

Sara merupakan seorang gadis yang takutkan kebahagiaan.

Shhhhh (jari telunjuk pada bibir)

Sara berpegang pada satu ungkapan orang mat salleh, "The higher you go, the harder you'll fall." Belum apa apa lagi dia sudah fikirkan kemungkinan dikecewakan oleh kebahagiaan. Ya, Sara sedikit pengecut. Pernah suatu hari Sara rasa dia mahukan pendapat, maka dia tweet "Jalan kiri atau jalan kanan, which one should i choose?" Rata-rata rakan Twitternya menyuruhnya memilih jalan kanan. Timelinenya penuh dengan ayat yang berbunyi ala ala "We want you to be happy, girl. Go right!" Namun tidak satu pun yang berjaya meyakinkan Sara.

Maka once upon a time, gadis bernama Sara ini dengan takut takut memilih jalan kiri. Baginya, mungkin jalan kiri tidak menjanjikan kebahagiaan, yang penting dia yakin tidak akan ada kekecewaan. Dengan berkaki ayam, perlahan lahan Sara tiptoe dirinya ke jalan kiri. Hari ketika itu sangat gelap dan penglihatannya kurang jelas. Sara teruskan sahaja perjalanannya sampaikan dia terlelap di bawah satu pokok.

Pagi esoknya Sara menjerit. Dia terkejut kerana kini dia sudah separuh perjalanan, namun ke arah yang salah. Dia lihat dirinya berada di jalan kanan, dan bukanlah di jalan kiri seperti yang disangkanya. Dengan penuh ketakutan, Sara lari kembali ke persimpangan jalan tadi. Dia tidak mengerti bila, bagaimana, kenapa ini boleh terjadi.

Malam semalam dia yakin kakinya berjalan di tanah jalan kiri. Mungkin..... hatinya yang membawanya ke jalan kanan.

Jadi sekarang Sara buntu di persimpangan jalan itu sekali lagi. Sudah seminggu dia berkhemah di situ. Dia tidak tahu harus ke mana.

Kerana setiap kali dia ke kiri, ada suatu kuasa sakti yang akan menyeretnya kembali ke jalan kanan.

Mungkin dia akan tempuhi saja jalan kanan. Mungkin. Tapi dia perlukan perisai kebal untuk jaga hatinya. Ya, mungkin dia ke kanan, tapi harus berperisai. Harus.



No comments: