You know what, aku paling tak suka bila tak dapat tidur when i intend to. Saat bila kau dah tutup lampu dan berselimut sambil memeluk bantal busuk. Kau fikir kau akan tidur. Tapi end up kau masih terbaring di situ, berfikir. Dan berfikir.
Aktiviti berfikir itu yang aku kurang gemar. Mungkin bagi seseorang yang hidupnya sedang bahagia, dia akan memikirkan tentang masa hadapannya yang terang atau accomplishmentnya yang bertaraf superhero. Dia akan tersenyum sambil berfikir, kerana dia tahu hari esok adalah hari yang lebih baik.
Mungkin bagi seseorang yang sedang bercinta, dia akan memikirkan tentang kata-kata manis yang pasangannya ucapkan sebelum tidur, atau mengimbau kembali lagak lagak comel yang mereka telah lakukan bersama. Dia akan tersenyum sambil berfikir, kerana dia tahu hari esok masih ada seseorang yang akan sentiasa bersamanya.
Tapi bagi aku. Aku akan memikirkan tentang di mana silapnya dalam hidup aku. What did i ever do to deserve this kind of shit from all of the people around me? Aku akan terbaring sambil memandang siling, mengira bintang bintang glow in the darks, while thinking about regrets. About what ifs and oh wells.
Lama lama boleh jadi sedih, kau tahu. Sebab tu aku tak suka.
Kawan kawan aku kata aku nampak bahagia. Namun kadang kadang orang yang paling bahagia itulah yang paling kecewa. Kita ni kan semua aktor dalam kehidupan, bertaraf Oscars lagi tu. Bahagia memang bahagia, but at the end of the day, everything would just all crumble down.
Macam malam semalam.
1 comment:
Post a Comment